suria

Majikan tak tolong, hanya rakam pembantu rumah paut tingkap, jatuh dari tingkat 7

Paparan skrin rakaman menunjukkan seorang pembantu rumah berpaut pada tingkap sebelum terjatuh dari tingkat tujuh. Foto Instagram net_ad

SEORANG majikan yang hanya merakamkan pembantu rumahnya jatuh dari tingkat tujuh tanpa memberikan bantuan, dihukum penjara.

Menerusi video yang dirakamkan di Kuwait, pembantu rumahnya dipercayai warga Ethiopia, kedengaran menjerit berulang kali "pegang saya, pegang saya".

Sementara itu, wanita berkenaan yang merakamkan insiden itu memanggilnya "gila" dan memberitahu supaya "datang kembali".

Dia kini dipenjara selama setahun dan lapan bulan kerana merakamkan cubaan pembantu rumahnya menyelamatkan diri.

Polis Kuwait menahan wanita berkenaan kerana membuat rakaman terhadap pembantu rumahnya pada Mac tahun lalu.

Menurut laporan rt.com, dia tidak berusaha untuk menyelamatkan pekerjanya yang cuba berpaut pada tingkap.

Dalam kejadian itu, tangan pembantu rumah berkenaan yang berpaut pada tingkap terlepas sebelum terjatuh pada atap, sekali gus mengurangkan impak insiden.

Mangsa hanya mengalami patah tangan dan beberapa kecederaan ringan lain. - Mirror Online 


Artikel Lain