suria

Tupac Shakur didakwa masih hidup, ada di Malaysia

Paparan video lelaki menyerupai Tupac yang dikatakan kini berada di Malaysia. FOTO: Getty/Suge J Knight

PELBAGAI teori konspirasi melibatkan penyanyi rap lagenda, Tupac Shakur dikemukakan sejak dia mati ditembak 22 tahun lalu.

Malah, masih ramai yang percaya bahawa dia sebenarnya masih hidup.

Terbaharu, Tupac yang didakwa diseludup ke Cuba dengan bantuan Fidel Castro pada minggu lalu kini dikatakan sedang berada di Malaysia.

Ia didedahkan oleh anak kepada pemilik syarikat rakaman Death Row Records, Suge Knights bahawa penyanyi itu sememangnya sedang berada di negara ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram, lelaki yang menyerupai Tupac itu memakai jaket merah dan topi.

Video itu disertakan dengan kapsyen; "Updated video from Malaysia."

"Tupac masih hidup, dia tidak pernah tinggalkan kita," tulisnya di media sosial.

Malah, dia turut mendakwa pihak Illuminati, sebuah organisasi rahsia yang berupaya mengawal dunia cuba untuk menghentikan dakwaannya mengenai Tupac.

Ini bukanlah teori konspirasi pertama melibatkan Tupac yang disifatkan antara penyanyi rap paling berpengaruh di dunia.

Selain didakwa masih hidup dan diseludup dari Amerika Syarikat ke Cuba pada minggu lalu, dia dikatakan tinggal di Somalia, awal tahun ini.

Tupac meninggal dunia setelah ditembak di luar sebuah kelab malam di Las Vegas pada 7 September 1996.

Antara lagu Tupac yang diminati ramai ialah Dear Mama, California Love, Hail Mary dan Hit Em Up.

Malah, Tupac turut menjadi inspirasi kepada ramai artis termasuklah Kendrick Lamar, Eminem, Rihanna dan Lil Wayne. Daily Star.


View this post on Instagram

Updated video from Malaysia source #killuminati

A post shared by Suge J Knight (@sugejknight) on

Tupac Shakur, Malaysia

Artikel Lain