BUKTI tamadun purbakala di sebuah pulau di The Med mungkin menjadi tanda sejauh mana kebenaran Bahtera Nuh yang diceritakan dalam Kitab Injil. Pulau Ruad di pinggir laut Syira (Laut Mediterranean) pada suatu masa terlindung oleh 'dinding megalit luar biasa', tapi kini hanya sedikit sisa dinding itu yang masih wujud. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada dinding tersebut dibina bagi melindungi kawasan itu daripada penceroboh atau air laut. Tetapi, tokoh falsafah bersetuju bahawa ia adalah tinggalan seni bina kerajaan purba Rom. Sebuah siasatan oleh saluran YouTube Mystery History mempersoalkan kisah tersebut dan mencadangkan dinding itu sebahagian besarnya berusia lebih tua. Mereka turut mendakwa masyarakat yang membina bahtera itu sudah dihanyutkan oleh banjir besar dan mungkin membuktikan tentang ketepatan sejarah Bahtera Nuh. Banyak pihak sudah lama cuba membuktikan kisah Nabi Nuh dan bahteranya itu ditulis berdasarkan fakta, namun analisis alternatif baharu tentang sejarah pulau itu telah mencetuskan kekecohan di media sosial. Lapor Mirror UK, rakaman tersebut dimuat naik pada September dan sudah ditonton lebih 100,000 di YouTube. Anda boleh menonton video Mystery History di bawah dan nilaikan sendiri. - Mirror UK