suria

Muka rasa sakit, rupanya pacat 'bersarang' dalam hidung

Sejenis parasit yang dikeluarkan dari dalam hidung seorang pesakit.

SEORANG doktor dikejutkan dengan seekor pacat yang 'bersarang' dalam hidung seorang lelaki.

Satu klip video yang dirakamkan di sebuah klinik di bandar Dien Bien Phu, Vietnam, menunjukkan doktor membuat pemeriksaan dalam hidung pesakit itu menggunakan  kamera endoskopi.

Sejenis parasit yang menghisap darah manusia, dapat dilihat dengan jelas di dalam lubang hidungnya.

Doktor berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Dr Tuan, dilihat mengeluarkan pacat itu.

Menurut laporan, pesakit tersebut yang tinggal di pergunungan, pergi berjumpa dengan doktor selepas mengalami kesakitan di bahagian wajahnya.

Setibanya di klinik, pesakit itu sebenarnya mengalami pendarahan di bahagian hidung.

Selepas pacat dikeluarkan, dia diberitahu untuk mengelakkan daripada mengambil air minuman dari sungai kerana ia boleh mengakibatkan kepada pembiakan parasit itu. - Mirror Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain