suria

Ibu ketakutan 'terakam' makhluk ala hantu semasa ribut petir

SEORANG paderi dilaporkan menawarkan bantuan kepada wanita yang merakamkan gambar misteri hantu ketika cuba merekodkan kejadian petir.

Wanita berusia 30 tahun bernama Johanna itu merakamkan imej tersebut di Buenos Aires, Argentina menggunakan telefon bimbitnya.

Tetapi ketika dia memeriksa rakaman itu pada sebelah malam, dia ketakutan melihat imej seperti hantu tiba-tiba muncul dan mula melayang di langit.

Penduduk tempatan di kejiranan Floresta terkejut apabila Johanna menunjukkan kepada mereka video ganjil itu.

Kini, paderi tempatan telah menghubunginya di rumah kerana ingin menolong menenteramkan wanita terbabit.

"Apabila saya melihat ke arah jalan, saya tidak melihat apa-apa, tetapi ketika melihat telefon bimbit saya, saya nampak cahaya yang mempunyai bentuk, saya tidak tahu apa itu, saya terkejut dan takut.

"Biasanya saya merakam kejadian ribut untuk menunjukkan kepada anak-anak saya, saya tidak pernah membayangkan sesuatu seperti ini akan muncul, saya tidak tahu apa sebenarnya, saya tidak melihatnya dengan mata saya, hanya melalui telefon," kata Johanna. - Mirror UK

Artikel Lain