NASA berjaya menjejaki satu kepingan ais gergasi di Antartika, baru-baru ini. Kepingan ais misteri yang berbentuk segi empat itu ternyata menimbulkan persoalan ramai. Hasil siasatan, NASA menyimpulkan bahawa ia berkemungkinan kepingan ais yang terpisah akibat pencairan ais yang semakin meruncing. Kepingan ais berbentuk segi empat dengan permukaan rata itu dikenali sebagai tabular iceberg. "Ia mempunyai bucu dengan permukaan landai, berkemungkinan ia baru terpisah dengan gugusan ais lain.," ujar pihak NASA. Imej berkenaan dirakam menerusi penerbangan IceBridge dan ia dikatakan bersaiz hampir sebatu lebar. Pada Julai 2017, satu rekahan ais gergasi pecah di bahagian Lersen C, Antartika. Rekahan ais bersaiz 5,800 kilometer persegi itu dikenali sebagai Iceberg A-68. Pihak NASA juga percaya rekahan ais gergasi berbentuk segi empat tersebut berasal dari pembentukan asal yang pecah pada 2017.-DailyMail.