SELEPAS kematian ibunya 10 tahun lalu, Erick Hincapie Ramirez mula mengubah rupa bentuk wajahnya kelihatan seperti tengkorak. Ramirez yang mahu dikenali sebagai Kalaca Skull tinggal di bandar Cartago di Colombia mahu membuang alat kelaminnya. Sebelum ini, pemuda berusia 22 tahun itu telah membuang telinga dan hidungnya. Kalaca Skull mula mengubah bentuk badannya selepas ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun. Dia juga membuat lukisan wajah ibunya di bahagian badannya. "Kita semua sama. Tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, kita adalah sama - rangka." Dia juga memberitahu Los Informantes bahawa berfantasi mahu membuang alat kelaminnya dan mahu hidup dalam keadaan rangka. Malah Ramirez juga bayangkan untuk berada dua meter di bawah tanah, bersebelah dengan orang yang sudah mati. "Ia seolah-olah tenang, harmoni dan tidak banyak kesakitan." Biarpun kelihatan pelik dan membuatkan orang awam terkejut setiap kali melihatnya, Ramirez mengakui dia berasa selesa. "Saya saya selesa dengan diri sebenar," katanya. -Mirror.co.uk