suria

Pesawat gamat dengan jenaka 'di depan isteri, belakang perempuan simpanan'

Seorang kru kabin membuat jenaka semasa pengumuman panduan keselamatan dilakukan bersama kru kabin lain. Foto Mercury Press & Media

SEORANG pemuda diberi gelaran sebagai kru kabin paling lucu di dunia, selepas video menunjukkan 150 geli hati dengan jenakanya semasa membuat pengumuman keselamatan menjadi tular.

Kru kabin Frontier Airlines, Daniel Sandberg, memulakan pengumumannya secara bergurau memperkenalkan kru kabin di bahagian depan pesawat, sebagai isterinya, dan seorang lagi kru di belakang merupakan perempuan simpanannya.

Pengumuman mengejut itu dilakukan dalam jenakanya semlama tiga minit, sebelum berlepas.

Menerusi video yang tular, kedengaran barisan penumpang ketawa geli hati kerana dia melakukan sesuatu yang berlainan, daripada kebiasan semasa mengumumkan panduan keselamatan.

Seorang penumpang, Cindy Kuhn, 55, bertuah merasai pengalaman melucukan itu, dengan merakamkannya semasa pesawat yang dinaikinya mahu membuat penerbangan dari Orlando, Amerika Syarikat (AS) ke Colorado Springs, pada 22 Oktober lalu.

Cindy, dari Colorado Springs, berkata: "Dia mesti seorang kru kabin yang paling lucu di dunia. Dia seorang yang berperwatakan menarik dan membuatkan kami semua terpegun dengannya.

"Bila dia memulakan 'pengumuman', dia memperkenalkan kru kabin wanita di hadapan sebagai isterinya dan perempuan simpanannya di belakang, dan kita semua menyedari ia adalah satu penerbangan yang menyeronokkan.

"Ada segelintir penumpang mempunyai angin yang tidak begitu baik semasa menaiki kapal terbang, dan saya rasa ia sesuai kerana membuatkan semua orang gembira.

"Saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini. Peluang untuk melihat sesuatu begini bukan selalu, saya gembira menjadi sebahagiannya.

"Jenakanya melucukan dan kami terus mendengar apa yang diperkatakannya, ia menyempurnakan perjalanan saya," katanya. - Mirror Online

kru kabin

Artikel Lain