suria

Jual stoking, kasut terpakai milik sendiri, wanita mampu raih RM540,000 setahun

Gambar hiasan.

LONDON: Seorang wanita dari London menemui rahsia untuk memperoleh pendapatan yang banyak dengan menjual stoking dan kasut terpakai miliknya.

Roxy Sykes yang berusia 33 tahun menggunakan "kecantikan" kakinya dengan menjual stoking dan kasut terpakai, menerusi akaun Instagramnya.

Metro melaporkan Skyes menjual stoking terpakai pada harga £20 (kira-kira RM108) dan kasut terpakai untuk £200 (kira-kira RM1,080) setiap satu.

"Bila saya menjualnya, ia mendapat sambutan dan menyedari betapa banyak yang saya boleh dapat dengan menjual kasut dan stoking," kata Sykes.

"Dalam sebulan, saya boleh memperoleh pendapatan yang paling tinggi lebih £8,000 (kira-kira RM43,229) hanya untuk video, stoking dan kasut," tambahnya.

Sykes kini terlibat dengan perniagaan yang menjadikan kaki sebagai objek seksual sejak empat tahun lalu, dan dan mampu memperoleh £100,000 setahun (kira-kira RM540,374).

Selain menjual stoking dan kasut terpakai, Skyes juga merupakan pelabur hartanah. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

stoking

Artikel Lain