UNDIAN oleh YuGov menyaksikan Putera Harry dipilih sebagai putera paling popular dalam kalangan diraja di Britain.
Sebanyak 77 peratus rakyat Britain memberi pandangan postif terhadap Harry yang dijangka akan menerima kehadiran anak pertama bersama isterinya Meghan Markle tidak lama lagi.
Sementara itu Ratu Elizabeth II pula berada di tempat kedua dengan 74 peratus manakala Duke of Cambridge Putera William di tempat ketiga.
Harry digambarkan oleh peminat sebagai seorang yang kelakar, merendah diri, disukai ramai dan ikhlas, ujar YouGov yang menjalankan undian tersebut.
Bakal raja, Prince of Wales Putera Charles yang akan menyambut kelahiran ke-70 minggu ini berada di kedudukan ketujuh dalam senarai barisan diraja. -Dailymail
Senarai penuh paling popular dalam kalangan diraja Britain:
1.Putera Harry, Duke of Sussex
2. Ratu Elizabeth II
3. Putera William, Duke of Cambridge
4. Catherine, Duchess of Cambridge
5. PuteraPhilip, Duke of Edinburgh
6. Meghan, Duchess of Sussex
7. Putera Charles
8. Putera Anne
9. Zara Phillips
10. Camilla, Duchess of Cornwall
11. Sophie, Countess of Wessex
12. Putera Edward, Earl of Wessex
13. Puteri Beatrice of York
14. Puteri Eugenie of York
15. Putera Andrew, Duke of York