suria

Ditumbuk bertalu-talu di kepala, petinju 13 tahun maut

Anucha maut akibat pendarahan otak.

SEORANG petinju remaja maut akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan dalam satu kejohanan Muay Thai yang menawarkan wang tunai sebanyak 2,000 Thai Bhat (RM254), malam Sabtu lalu.

Anucha Tasako, 13, terkena lima tumbukan bertalu-talu di kepalanya oleh lawannya, Nitikron Sonde yang juga seusianya di Samut Prakan.

Petinju remaja itu kelihatan bergelut dan beberapa kali jatuh selepas tumbukan tersebut.

Rakaman video yang diambil menggunakan telefon bimbit menunjukkan Anucha yang tidak memakai pelindung kepala, terkulai atas kanvas gelanggang.

Sejurus selepas kejadian, pembantunya meluru masuk ke dalam gelanggang untuk membantu Anucha yang tidak bergerak.

Dia kemudian diisytiharkan meninggal dunia akibat pendarahan otak, kata polis.

Rakaman video menunjukkan Anucha kelihatan bergelut dan hampir terjatuh.

Anucha mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia tujuh atau lapan tahun, kata bapa saudaranya, Damrong Tasako, yang membesarkannya sejak usia tiga tahun.

Tambahnya, Anucha merupakan seorang remaja yang amat berbakat.

Dia mula bertarung ketika berusia lapan tahun memenangi perlawanan pertama dengan hadiah bernilai 300 Thai Bhat (RM38).

Tasako berkata Anucha menyertai sukan lasak itu kerana dia mahu mendapatkan wang untuk membeli barang yang dikehendakinya.

"Impiannya sentiasa mahu menjadi juara di Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamneon," katanya yang merujuk kepada dua gelanggang utama kejohanan Muay Thai di Bangkok.

"Dia juga mahu memasuki sekolah kadet tentera."

Ketika ditanya mengenai kematian Anucha, Tasako berkata dia tidak menyalahkan sesiapa.

"Dia meninggal seperti wira. Dia adalah seorang pejuang," katanya. - edition.cnn.com

Anucha Tasako, petinju

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain