suria

Wanita 136kg hempap kekasih sampai mati selepas pukul, tikam tangannya

Windi Thomas, ketika dibawa untuk perbicaraan di mahkamah. -fotoWENY/MetroUK

SEORANG wanita yang berat badannya 136kg mengaku membunuh teman lelakinya dengan cara duduk di atas badannya sehingga dia lemas.

Windi Thomas, 44, pada Isnin mengaku bersalah membunuh Keeno Butler, juga berusia 44 tahun dan dijangka dipenjarakan selama 18 hingga 36 tahun.

Thomas, dari Pennsylvania, menikam Butler di tangan dan kemudian menghentaknya dengan kaki meja pada satu malam, selepas mereka minum dalam kejadian pada Mac tahun ini.

Keeno Butler mati dihempap kekasih sendiri.-foto Meadville Tribune Obituaries

Peguamnya menegaskan bahawa pembunuhan itu tidak disengajakan dan menyatakan bahawa Thomas hanya membunuh Butler yang beratnya 120 pound - selepas rebah di atas badannya semasa mabuk.

Tetapi pihak pendakwa juga memberi perhatian terhadap bagaimana dia dipukul dan ditikam.

Selepas kematian Butler, bedah siasat memutuskan bahawa dia meninggal dunia akibat 'ketidakcukupan pernafasan sekunder sehingga menimbulkan trauma kekerasan ke leher dan pemampatan toraks, yang menjadikan ia parah dengan trauma kekerasan tumpul ke kepala'.

Thomas menghubungi 911 selepas melakukannya dan menjerit 'saya bunuh teman lelaki saya'.

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui kaki meja yang berlumuran dengan darah. -MetroUK

tikam, hempap, kekasih

Artikel Lain