suria

Pengembaraan ke Marikh berisiko pendekkan jangka hayat angkasawan

Radiasi memberi kesan kepada jangka hayat ankgasawan. FOTO: The Center for Planetary Science

BEBERAPA buah negara kini merancang untuk menghantar angkasawan mereka dalam misi penjelajahan ke planet Marikh.

Baru-baru ini, NASA juga berjaya menghantar kenderaan robotik mereka ke planet itu.

Ternyata, permukaan planet marikh berupaya untuk dijejaki manusia, namun ia sebenarnya turut membawa kesan negatif kepada sesiapa yang berada di sana.

Menurut laporan yang dipaparkan kepada delegasi sewaktu persidangan aeroangkasa dan perubatan alam sekitar di Moscow, penjelajahan ke Marikh boleh memendekkan usia angkawasan.

Menerusi pendedahan itu, kesan radiasi ke atas angkasawan sepanjang tiga tahun perjalanan ke planet itu ternyata memberi kesan terhadap nyawa mereka.

"Pengiraan telah dibuat, radiasi berisiko ke atas jangka hayat angkasawan susulan perjalanan mereka selama lebih tiga tahun ke sana.

"Biarpun dilindungi, mereka tetap berisiko dan usia mungkin berkurang kepada 2.5 tahun daripada jumlah jangka hayat sebenar," dedah kajian tersebut.

Namun, mereka turut tampil dengan kaedah penyelesaian dengan mencadangkan beg tidur khas kepada angkasawan yang mengandungi polyethylene untuk melindungi mereka dari radiasi.

Kenderaan NASA, InSight kini sedang meneroka planet itu setelah tiba di sana, baru-baru ini.

Ia turut menghantar gambar-gambar dari Marikh dan dijangka berada di sana selama tujuh bulan. - Daily Star.

Marikh, NASA, InSight

Artikel Lain