suria

Jaguh seni pertahankan diri maut selepas telefon sedang dicas terjatuh dalam bilik mandi

Rybnikova memenangi gelaran juara 'pankration' pada dua bulan lalu.

SEORANG jaguh sukan meninggal dunia selepas secara tidak sengaja telah menjatuhkan telefon bimbit yang sedang dicas ke dalam tempat mandi.

Juara seni mempertahankan diri dari Rusia, Irina Rybnikova, 15, maut dalam insiden penuh tragis yang berlaku pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.

Saudara mangsa berkata, dia mengecas telefon tersebut di rumahnya yang terletak di bandar perindustrian Bratsk dan telefon itu kemudian terjatuh.

Mayat mangsa ditemukan di bilik air oleh saudaranya.

Remaja wanita tersebut merupakan seorang johan acara 'pankration' iaitu sejenis sukan yang berasal dari kaum Yunani.

Rybnikova.

Mangsa memenangi gelaran itu pada dua bulan lalu dan terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan negaranya.

"Dia berimpian untuk menjadi jaguh dunia," kata seorang rakan.

Kakak mangsa, Tatiana, 25, memberitahu akhbar Komsomolskaya Pravda: "Pada Ogos, dia menjadi 'godmother' kepada anak perempuan saya. Anak saya menyukainya dan memanggil dia sebagai 'nanny'.

"Dan sekarang dia tidak ada lagi bersama kami, hati kami patah. Ia sangat sunyi dan terasa kosong di rumah ini tanpa dia." - Daily Mail

maut, telefon bimbit

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan