SEORANG lelaki memakai topeng muka dibenarkan merompak sebuah bank, kerana pengurusnya bimbang dia mungkin mempunyai masalah kulit, menurut pendengaran di mahkamah pada Khamis. Simon Jones, 38, secara baik beratur selama 15 minit, dengan memakai sarung tangan lateks biru, baju yang menutupi atas kepala, topeng muka dan cerminta mata gelap. Menurut pendengaran di mahkamah crown Durham di England, dia turut membawa botol minuman dan kelakuannya sangat pelik apabila seorang pelanggan mengambil gambarnya. Bagaimanapun, pengurus, Gemma Hughes bimbang akan menyinggung perasaannya sekiranya pemakaiannya yang pelik itu disebabkan keadaan kulitnya. Simon beratur dalam barisan sehingga tiba di kaunter dan menyerahkan sekeping nota kepada juruwang, Victoria Smith, dengan memberitahu dia mempunyai asid dan sebutir bom. Victoria yang ketakutan kemudian menyerahkan £370 (RM1,953) kepada Simon bagi membolehkan lelaki itu melarikan diri. Juruwang itu dalam keadaan tenang dan menyerahkan satu paket mengandungi £1,000 (RM5,277), yang mana mengandungi peranti mengesan jejak. Namun apa yang memalukan adalah peranti tersebut gagal berfungsi. Jika bukan orang awam yang melaporkan mengenai kereta Simon, perompak itu pasti tidak dapat diberkas. Dalam kejadian itu, Simon memandu ke bank Natwest di Bishop Auckland, Co Durham di England. Daripada menyerbu masuk, dia sebaliknya beratur dalam barisan untuk pergi ke kaunter. Pendakwa raya, Jane Waugh berkata: "Rasa curiga timbul disebabkan oleh penampilan defendan dan dia secara jelas cuba mengelakkan daripada dirakamkan oleh kamera keselamatan. "Seorang pelanggan berkata lelaki itu seperti sesuatu yang tidak kena dan menghubungi polis. Pengurus bank mendekati defendan semasa sedang beratur dan bertanya sama dia dapat memberi bantuan, dan jawapan yang diberi hanya 'tidak'." Simon yang berasal dari West Auckland, Co Durham mengaku merompak dan mengambil kereta milik teman wanitanya tanpa kebenaran. Dia dihukum penjara selama tiga tahun dan empat bulan, dan hakim menyifatkan rompakan itu dirancang tetapi tidak bijak. - Mirror Online