suria

Pancutan lahar gunung berapi Anak Krakatoa cetus tsunami di Indonesia

Letusan gunung berapi Anak Krakatoa pada Septembe lalu. Foto REUTERS

JAKARTA: Letusan gunung berapi yang dikatakan mencetuskan bencana tsunami sehingga mengakibatkan banyak kematian pada awal pagi Ahad, adalah dari gunung berapi Anak Krakatoa.

Ia berada dalam tahap tinggi bagi senarai pemerhatian erupsi sejak sedekad yang lalu.

Anak Krakakoa yang aktif sejak Jun lalu, sekali-sekala memuntahkan abu besar ke langit dan sebuah bot pelancong pada Oktober lalu nyaris merempuh lahar daripada letusan gunung berapi itu.

Pakar mengatakan Anak Krakatoa muncul pada 1928 di kaldera Krakatoa, sebuah pulau gunung berapi yang meletus pada 1883.

Dengan aliran lahar yang seterusnya yang tercetus daripada submarin menjadi pulau gunung berapi kecil, dengan konnya kini berdiri pada ketinggian kira-kira 300 meter dari paras laut.

Sejak kemunculannya, Anak Krakatoa yang berada dalam "keadaan aktiviti letupan separa-berterusan", semakin meningkat kerana mengalami letusan setiap dua hingga tiga tahun, kata profesor vulkanologi, Ray Cas dari Universiti Monash di Australia.

"Kebanyakan letusannya agak kecil pada skala letupan erupsi... dan terdapat juga letusan yang menghasilkan aliran lahar," tambahnya.

Cas berkata, kejadian terbaru kelihatan 'letusan letupan yang agak kecil' tetapi kemudiannya boleh mencetuskan atau bertepatan dengan kejadian submarin seperti tanah runtuh atau gempa bumi, menyebabkan tsunami.

Tiada sesiapa yang tinggal di pulau ini, tetapi puncaknya begitu popular dalam kalangan pelancong dan merupakan kawasan kajian utama untuk ahli vulkanologi.

Semasa Krakatoa meletus pada 27 Ogos 1883, ia memuntahkan abu sejauh lebih 20 kilometer ke udara dalam satu siri letupan hebat sehingga dapat didengar di Australia dan sehingga 4,500 kilometer jauhnya dekat Mauritius.

Awan abu yang besar meliputi kawasan itu, mengakibatkan kegelapan selama dua hari.

Tsunami yang dicetuskan oleh letusan itu mengorbankan lebih 36,000 nyawa, dan menjadi salah satu bencana alam terburuk di dunia. - AFP

Anak Krakatoa, tsunami

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan