suria

Pemandu 'kereta terbang' rempuh bumbung terowong selamat, tidak cedera

SEORANG pemandu nyaris maut selepas kereta yang dipandunya 'terbang' pada ketinggian 23 kaki di udara gara-gara terlelap semasa memandu.

Semasa kejadian, kereta BMW yang dipandu pemandu tersebut yang tidak didedahkan identitinya, dilihat merempuh pembahagi jalan dan bumbung terowong sebelum terbalik.

Jurucakap Polis Slovak, David Puchovsky berkata:"Beberapa minit sebelum pukul 5 pagi pada Khamis lalu, seorang pemandu kereta BMW terlibat dalam satu kemalangan di hadapan terowong Borik di timur Slovakia.

Kereta BMW yang dipandu mangsa rosak teruk dalam kemalangan, Khamis lalu.

"Pemandu 44 tahun itu yang memandu dari bandar Bardejov tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengalami kesan lebam.

"Keputusan ujian alkohol negatif. Dia mungkin terlelap semasa memandu," katanya.

Polis mengesahkan lelaki tersebut memandu sendirian semasa kejadian tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Detik insiden itu berjaya dirakam CCT di luar terowong Borik dekat bandar Poprad di timur laut Slovakia. - Metro.co.uk

kereta terbang, mengantuk

Artikel Lain