SEORANG lelaki mahu kehidupan seperti manusia normal yang lain, bercinta dan berkahwin namun terhalang kerana rupa parasnya. Anshu Kumar atau digelar 'alien' berikutan mempunyai wajah misteri yang gagal dikenal pasti punca oleh pihak doktor. Wajah misteri Kumar bermula dari paras mata hingga ke kepala yang kelihatan lebih besar daripada mukanya. Pemuda berusia 22 tahun dari Punjab, India yang hanya menerima gaji 50 pound sebulan (RM264) tidak mampu bertemu dengan pakar yang boleh merawatnya. Dia berharap pihak kerajaan boleh membantunya daalam menjalani rawatan sekaligus mampu menjalani kehidupan lebih normal. "Saya suka keluar bersama kanak-kanak yang tinggal berdekatan, tetapi lebih kerap berseorangan. Saya bekerja di sebuah kilang tempatan setiap hari, selama sembilan jam di sana. "Saya berharap dapat sembuh secepat mungkin, jadi saya boleh berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. "Ini adalah impian saya. Ke mana sahaja saya pergi, mereka memanggil saya alien. "Mereka fikir saya orang asing dan beri nama samaran. "Ketika saya lahir, ibu bapa berbincang dengan doktor tetapi mereka beritahu bahawa penyakit saya ini tidak boleh sembuh," ujarnya. -Mirror.co.uk