DUCHESS of Cambridge keluar menembak sehari selepas Meghan Markle beredar meninggalkan Sandringham. Meghan dikhabarkan seorang yang amat mencintai haiwan. Kate Middleton, 36, menjadi penembak wanita yang hebat dan telah melabur untuk membeli senapang sendiri, kata sumber. Tetapi puteri itu menunggu sehingga Meghan beredar untuk menyambut Boxing Day sebelum keluar memburu burung kuang bayas, 'partridge' dan itik di ladang Norfolk seluas 20,000 ekar milik Ratu Elizabeth, Khamis. Kate dirakam memegang burung yang ditembak ketika keluar memburu bersama Putera William pada 2007. - Daily Mail Sumber dalaman diraja berkata bahawa Kate telah membeli senapang 20 kaliber, yang jauh lebih ringan dan lebih mudah digunakan berbanding 12 kaliber. Sumber itu berkata: "Dia sering keluar menembak ketika tinggal di Anmer Hall (rumah Cambridges di Sandringham) dan telah menjadi penembak yang sangat bagus. "Dia sangat minat memburu, menembak dan memancing. Senapang 20 kaliber itu sangat sesuai untuk menembak burung." Ketiadaan Meghan dan Putera Harry ketika aktiviti memburu itu disedari, tetapi sumber berkata bahawa mereka memang tidak merancang untuk tinggal lama kerana ingin bercuti. - Daily Mail