SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya merupakan Ratu Mesir pada hayat lalu telah membuat beberapa ramalan untuk 2019. Nicolas Aujula, 33, meramalkan perang Syria dan juara rancangan The Apprentice diperoleh berdasarkan mimpi. Dia berkata dirinya merupakan seorang ahli terapi regresi masa lalu, pakar hipnoterapi dan astrologi psikik. Katanya, anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle yang dijangka dilahirkan pada musim bunga adalah bayi perempuan. Dia turut menjangkakan gempa bumi akan berlaku di Cuba dan China serta masalah isu tanaman akan berlaku sekali gus menyebabkan harga makanan meningkat. Aujula mendakwa dia memiliki beberapa kehidupan pada hayat lalu. - SWNS Aujula turut yakin penyanyi Taylor Swift akan mengumumkan pertunangannya, manakala pelakon Nicole Kidman pula akan hamil dan Madonna akan dikritik kerana melakukan kerja-kerja amal. Dia mendakwa memiliki kebolehan itu sejak masih kecil dan boleh merasai kehadiran mendiang bapanya. "Saya sedang bermeditasi ketika saya merasai pengalaman ini, dan saya mampu melihat beberapa hayat saya yang lalu. "Saya tak pernah fikirkan tentangnya sebelum ini, dan saya masih tidak boleh menjelaskannnya sehingga ke hari ini. "Memang tidak logik, tapi saya tahu apa yang saya lihat dalam kehidupan lalu. Saya nampak diri saya sebagai seorang lelaki, wanita dan haiwan." - Metro UK