suria

1,000 belia Muslim di UK solat berjemaah sebelum bersihkan longgokan sampah tahun baharu

SAMPAH yang dibuang di merata-rata tempat nyata mencemarkan sambutan ambang tahun baharu 2019.

Pada pagi 1 Januari, 1,000 belia Muslim di United Kingdom (UK) turun ke jalanan bagi membersihkan sampah-sarap yang ditinggalkan di lokasi-lokasi sambutan tahun baharu.

Malah, mereka berpecah ke beberapa lokasi melibatkan 50 kota di seluruh UK.

Lebih manis, kumpulan itu turut mengerjakan solat berjemaah pada awal pagi sebelum menjalankan tugas berkenaan.

Mereka solat bersama-sama sebelum melakukan aktiviti pembersihan.

Beberapa keping foto yang memaparkan kumpulan berkenaan sedang memegang plastik sampah di Boston turut dimuat naik dan menerima perhatian ramai.

"Dari Luton ke London, Glasgow ke Guilford, Cardidd ke Croydon, 1,000 ahli kita ikut serta.

"Islam menyeru umatnya menyertai aktiviti sedekah, servis komuniti dan mempromosikan kebersihan.

"Kami juga berterusan mahu menanam sifat ini serta memberi kesedaran sivik kepada komuniti tempatan ," ujar Imam Qamar Zafar dari British Ahmadiyya.

Pada tahun lalu, kumpulan yang sama menanam 20,000 pokok di seluruh UK serta mengadakan lebih 300 aktiviti gotong-royong untuk kebersihan negara itu. - Mirror.UK.

Belia, Islam, Imam Qamar Zafar

Artikel Lain