suria

Amalan menghisap shisha dikaitkan dengan obesiti dan diabetes

AMALAN menghisap shisha yang dibawa dari timur tengah bagaikan menjadi trend di negara ini, sejak beberapa tahun lalu.

Malah, shisha atau hookah juga disifatkan sebagai alternatif yang lebih selamat, berbanding rokok.

Selebriti terkenal dunia seperti Katy Perry, Drake, Kylie Minouge dan atlet Usain Bolt juga pernah dirakam sedang menghisap shisha , sebelum ini.

Namun, satu kajian terbaharu mendedahkan individu yang menghisap shisha berisiko mengalami masalah obesiti dan diabetes.

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), satu sesi menghisap shisha (20 ke 80 minit) bersamaa dengan menghisap 100 batang rokok atau lebih.

Kajian itu turut dilakukan oleh Sekolah Perubatan Brighton and Sussex melibatkan 9840 peserta.

"Setiap sesi menghisap shisha bersamaan dengan menghabiskan lebih satu kotak rokok, dan sedutan toksik itu lebih teruk.

"Tak pasti kenapa shisha boleh dikaitkan dengan diabetes atau obesiti.

"Tapi berkemungkinan kerana toksin dalam asap merangsang kesan radang yang menyebabkan tisu menjadi tahan kepada kesan hormon insulin, yang mengatur glukos dalam darah.

"Bagaimanapun, ianya tak mustahil yang aktiviti menghisap shisha dikaitkan dengan aktiviti sosial yang menmbawa kepada penambahan berat badan. - Daily Star.

Sisha, Hookah

Artikel Lain