suria

Meghan pilih hospital biasa, enggan bazir duit bersalin hospital swasta

Meghan dan Putera Harry bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

ISTERI kepada Putera Harry, Meghan Markle memilih untuk bersalin di sebuah hospital Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS) berbanding rawatan swasta di Lindo Wing, Hospital St.Mary yang menjadi hospital kegemaran Kate Middleton.

Menurut sumber diraja, Duchess of Sussex sedang mempertimbangkan Hospital Frimley Park di Surrey kerana ia lebih dekat dengan Frogmore Cottage.

Pilihannya agak berbeza berbanding Duchess of Cambridge yang memilih bersalin di Hospital St Mary untuk ketiga-tiga anaknya iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis yang menelan belanja 7,500 pound sterling semalam.

Hospital St Mary terletak 23 kilometer dari Windsor manakala Frimley Park lebih dekat.

"Jika pasangan diraja itu berpindah ke Frogmore Cottage sebelum tempoh bersalin seperti dirancang, Frimley Park mungkin pilihan yang lebih mudah berbanding St Mary.

Lindo Wing menawarkan bilik jenis suite dilengkapi dengan TV, peti sejuk, telefon, Wifi percuma dan akhbar harian pilihan.

Kate melahirkan ketiga-tiga anaknya di Lindo Wing.

Ibu mengandung juga boleh menikmati minum petang, hidangan mewah dan champagne untuk meraikan kehadiran bayi mereka.

Dalam pada itu, Hospital Firmley Park tidak menawarkan penjagaan peribadi untuk ibu bersalin.

Hospital itu dilengkapi 14 bilik bersalin yang menyaksikan 5,350 kelahiran bermula April 2016 hingga April 2017.

Namun Meghan bukanlan pesakit diraja pertama jika dia memilih untuk bersalin di hospita tersebut.

Sophie, Countess of Wessex turut melahirkan anak perempuannya Lady Louise di sana pada 2003.

Wanita yang tidak mengalami sebarang komplikasi selepas bersalin akan dirawat di hospital itu selama enam hingga 12 jam melainkan jika ada masalah tertentu, pasangan diminta untuk bermalam di sana.

Pesakit perlu membayar kira-kira 100 pound sterling semalam untuk bilik penjagaan postnatal peribadi tetapi bukan bilik suite.

Meghan boleh memilih untuk bermalam di salah satu daripada empat bilik bersalin di Hospital Frimley Park yang disifatkan seperti kediaman sendiri.

Isteri Putera Harry itu dijangka bersalin pada hujung Mac atau awal April selepas mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu. - Metro.co.uk

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain