suria

Kejam! Guru seret budak autisme di kaki lima sambil disaksikan rakan sekelas

Trina Abrams dipecat dan berdepan dengan pertuduhan jenayah.

SEORANG guru dipecat dan berdepan dengan pertuduhan jenayah selepas menyeret seorang kanak-kanak autisme di sepanjang kaki lima sebuah sekolah.

Polis berkata, guru berkenaan, Trina Abrams menyeret Alan Nelson di hadapan rakan-rakan sekelasnya.

Ibu mangsa terkejut dengan rakaman kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Angel Nelson memberitahu ABC News di AS bahawa Alan menghidap austisme, tekanan dan kemurungan, ADHD (gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali ‘attention deficit hyperactivity disorder’) dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Dia memberitahu, kanak-kanak lain dibawa keluar dari kelas semasa anaknya diperlakukan sedemikian.

Tambahnya, Abrams didakwa menarik lengan anak lelakinya, memusingkan dan menariknya dari kerusi sebelum menyeret sepanjang kaki lima.

"Hancur hati saya bila melihat vidoe tersebut. Saya tengok rakan-rakan sekelas dan rakan-rakannya yang berdiri di tepi dinding memerhatikannya dia diseret," katanya.

Ibu mangsa kemudian memindahkan anaknya dari Sekolah Rendah Wurtland ke sekolah lain, susulan insiden yang berlaku pada 24 Oktober lalu.

Polis Kentucky memberitahu, Abrams didakwa dan akan dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan serangan terhadap mangsa berumur bawah 12 tahun. - Mirror Online


autisme

Artikel Lain