suria

Shannon akhirnya bina hidup baharu, didera seksual 'bapa raksasa' sejak usia 6 tahun

Shannon kini semakin pulih dan bakal menyambung pengajian dalam bidang psikologi.

SEORANG remaja perempuan tampil berkongsi pengalaman ngeri dirogol bapa sendiri selama lapan tahun.

Shannon Clifton yang kini berusia 18 tahun menceritakan bagaimana dia dirogol bapanya buat kali pertama di ruang tamu ketika usia 6 tahun.

Kejadian itu sebagai permulaan untuk Shane Ray Clifton melakukan serangan seksual ke atasnya sehingga empat kali sehari.

Menurut Shannon semua itu berlaku selepas ibu bapanya bercerai. Dia tinggal bersama Clifton.

"Saya sentiasa menjadi anak kesayangan ayah, puteri kecilnya.

"Jika ibu marah saya, ayah akan beritahu 'Jangan cakap dengan Shannon macam tu'. Dia sangat pelindung dan amat rapat.

"Namun ketika usia lima tahun, dia mula berubah. Dia mula menjerit sesuka hati sekiranya saya buat perkara yang tidak disukainya.

"Dia akan tampar kepala. Dan mula menumbuk saya. Selepas setahun, dia dera saya menggunakan saterika, serang dengan kapak dan tikam," jelasnya.

Shannon bersama bapanya, Clifton.

Pada usia enam tahun, Clifton melarang semua orang yang cuba menolong Shannon dan bermulalah episod lebih mengerikan dalam hidupnya.

"Dia kejutkan saya pada waktu malam dan menindih saya. Saya menjerit menyuruhnya berhenti.

"Selepas itu saya mengalami pendarahan. Saya menangis sehingga sesak nafas.

"Dia akan meminta maaf selepas itu dan saya hanya bermain anak patung untuk alih perhatian," jelasnya.

Pada usia 11 tahun Shannon mengandung, namun Clifton memukul dan menendangnya sehingga keguguran.

Pada usia 13 tahun Shannon sekali lagi mengandung dan pihak sekolah menyedarinya apabila perutnya kelihatan besar.

"Pada satu malam polis datang menyerbu rumah dan ayah suruh lari. Namun kami berjaya ditahan.

"Dua hari selepas itu saya melahirkan anak di hospital.

"Dia hidup saya sekarang. tetapi dia 'adik' saya. Ia amat mengelirukan saya," jelasnya.

Selepas ujian DNA mengesahkan Clifton merupakan bapa kepada bayi itu yang membuktikan penderaan seksual berlaku.

"Saya akan sembuh. Mungkin ada perasaan kasih kepada ayah," ujarnya.

Pada usia 16 tahun Shannon  cuba membunuh diri, namun dia diselamatkan dan mendapat bantuan daripada keluarga angkat.

Kini Shannon mula membina kehidupan yang lebih baik dan bakal menyambung pengajian dalam bidang ijazah psikologi September depan.

Clifton,36,  dijatuhkan hukuman penjara mininum 15 tahun oleh Mahkamah Derby Crown pada tahun 2015. -Mirror.co.uk

Bapa raksasa

Artikel Lain