suria

Saintis cipta 'pil kenyang' untuk kurangkan selera makan, atasi obesiti

SEKUMPULAN saintis giat membangunkan satu pil khas untuk mengatasi masalah obesiti di peringkat global.

Pil itu sudah dibangunkan empat tahun lalu dan mereka kini dalam fasa untuk membuat eksperimen keberkesannya ke atas manusia.

Jika berjaya, besar kemungkinan ia akan mula digunakan secara terbuka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pil itu berupaya memberi mesej kepada otak manusia bahawa mereka sudah kenyang sekaligus dapat menyekat selera mereka.

Malah, ia turut digambarkan sebagai senjata utama dalam mengatasi masalah kegemukan pada masa akan datang.

Menerusi ujian itu, 40 individu berumur 18 hingga 75 akan diberi makan pil berkenaan.

Mereka akan diberi pil yang mengandungi campuran minyak semula jadi itu setiap kali sebelum makan.

Ia dibangunkan oleh saintis di Universiti Queen Mary, London.

"Ia membolehkan badan menghasilkan hormon yang menyebabkan anda kenyang sekaligus mengurangkan pengambilan makanan.

"Ia sama seperti anda mengambil kapsul minyak ikan. Kami tak sabar nak buat ujian pil ini," ujar Dr Madusha Peiris. - Daily Mail

Artikel Lain