suria

Dulu menipu, kini merayu... gadis kenakan caj kepada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya

SEORANG gadis mengenakan bayaran £100 (RM536) kepada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya.

Toni Osborne, 19, baru-baru ini berkongsi dua paparan skrin mengenai kisah itu di Twitter.

Salah satu daripadanya menunjukkan dia menuntut bayaran £100 daripada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya dan satu lagi menunjukkan lelaki itu benar-benar membuat bayaran tersebut.

Osborne berkata lelaki itu telah menipunya dan hubungan mereka telah putus lebih tiga tahun lalu, jadi dia menganggap wang itu sebagai 'pampasan'.

Segalanya bermula apabila bekas kekasihnya itu menghubungi Osborne untuk bercakap dan menyatakan kesediaannya untuk melakukan apa sahaja.

Osborne menjawab: "Beri saya £100, kemudian kita bercakap."

Segera dia membalas permintaan itu dengan menyatakan ia tidak menjadi masalah buat dirinya dan wang itu kemudian diberikan kepada Osborne.

Tidak pasti apa yang berlaku selepas itu, tetapi tweet itu tular, dengan mendapat lebih dari 3,000 'retweet' dan 32,000 tanda suka.

Ia juga menerima banyak komen daripada gadis-gadis yang menjadikan tweet itu sebagai inspirasi.

"Secara jujur, kami suka cara Toni. Kami fikir dia patut caj setiap mesej, bukan perbualan. Bukan semua orang mampu berurusan macam tu dengan bekas kekasih," menurut satu komen. -MetroUK

pampasan, bekas kekasih, tipu

Artikel Lain