suria

Pengantin OKU berjaya tinggalkan kerusi roda menari dengan isteri, terima kasih pengapit sanggup ikat kaki!

TARIAN ini mungkin menjadi salah satu tarian majlis perkahwinan paling menyentuh hati yang pernah anda lihat dan ia tidak melibatkan koreografi rumit.

Sebuah video menunjukkan seorang pengantin lelaki berkerusi roda yang dibantu oleh dua rakan pengiringnya supaya dia dapat menari dengan isterinya tular dan membuatkan ramai tersentuh hati.

Demi melihat pasangan pengantin gembira, kedua-dua pengiringnya sanggup mengikat kaki mereka di kaki pengantin lelaki, memapahnya dan kemudian membantunya menari bersama pengantin perempuan ketika lagu Sam Smith 'Make It To Me’ dimainkan.

Sambil menari, kedua-dua pengantin menatap wajah masing-masing dengan penuh kasih sayang selepas bergelar pasangan suami isteri.

Tetamu di majlis itu juga dilihat bersorak melihat adegan tersebut.

Klip itu dimuat naik oleh @ortizanita6 di TikTok dan telah membuatkan ramai yang ‘cair’ melihatnya. -MetroUK

pengantin, OKU, pengapit, menari

Artikel Berikut

Ikan 'monster' sesat tengah jalan

Artikel Lain