suria

Rambut perang, jambang merah, kening hitam... pencuri identiti raih perhatian

(kiri) Julian semasa ditahan. Foto Polis Nashville (kanan) Imej Julian yang sebenar. Foto Facebook

SEORANG lelaki warga Tennessee di Amerika Syarikat didakwa kerana mencuri identiti selepas menyamar sebagai individu lain menggunakan kad kredit curi.

Julian R. Mitchell, 20, berambut perang, jambang merah dan kening hitam, cuba menggunakan kad kredit curi di bar di Nashville, Tennessee.

Polis berkata, sewaktu tangkapan dibuat, suspek menyerahkan lesen memandunya dengan gambar yang berbeza dengan rupanya.

Selepas disoal siasat, Julian didakwa menggunakan kad pengenalan curi.

Pihak berkuasa turut menjumpai beberapa kad kredit curi lain kepunyaan mangsa.

Dia ditahan kerana mencuri identiti, di penjara Davidson County dengan bon $25,000 (RM102,297). - Daily Mail UK


Artikel Lain