suria

Disyaki jalin hubungan sulit dengan isteri pekerja, doktor kerat tubuh pemandu, rendam dalam asid

TINDAKAN seorang pemandu kepada pakar ortopedik terkemuka memberi amaran supaya majikannya tidak mendekati isterinya telah membawa padah.

Dr Sunil Mantri ditahan polis kerana disyaki membunuh pemandu berusia 30 tahun itu di kediamannya.

Virendra Pachouri dibunuh dengan kejam apabila badannya dikerat-kerat sebelum direndam dalam asid bagi menghilangkan bukti kejadian.

Semuanya bermula apabila isteri Pachouri menguruskan butik tinggalan mendiang isteri doktor berusia 56 tahun itu.

"Ketika itu, Pachouri mula mengesyaki Mantri dan isterinya menjalin hubungan sulit," demikian menurut Supritendan Arvind Saxena kepada PTI.

Kata Saxena, pada mulanya Mantri cuba meredakan keadaan apabila menawarkan pekerjaan kepada Pachouri dengan gaji Rs16,000 sebulan, tetapi ianya masih tidak menghalang pemandunya untuk memberi kata dua kepada majikannya itu.

Pada Selasa, pihak polis mendapat maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di kediamannya di kawasan Anand Nagar.

"Sebaik tiba di rumah itu, pasukan polis menemui doktor terbabit dalam keadaan gelisah, manakala lantai kediaman itu dipenuhi darah.

"Kerana terkejut dengan kehadiran polis di kediamannya, doktor itu mengaku melakukan jenayah," katanya.

Siasatan awal mendapati Mantri yang bertugas di hospital kerajaan di Itarsi merancang membunuh pemandunya dengan menyimpan stok asid dan gergaji di kediamannya.

Kebetulan pada Isnin, Pachouri mengadu sakit gigi, Mantri kemudiannya memberi ubat tidur kepada pekerjanya sebelum menggunakan pisau bedah untuk mengelar lehernya pada kira-kira 9 malam.

Kata Saxena, doktor itu kemudiannya membawa mayat pemandunya ke bilik mandi di tingkat satu rumahnya dan mula memotong tubuhnya beberapa bahagian.

"Doktor itu melakukannya sehingga pukul 1 pagi dan apabila dia mula berasa penat memutuskan untuk menyambung kerja-kerja itu keesokan hari.

"Esoknya, Mantri buang pakaian Pachouri antara Hoshangabad dan Itarsi dan pada tengah hari pula suspek meletakkan bahagian badan pemandunya itu dalam asid bagi menghilangkan bukti," katanya sambil menambah ketika itu polis memasuki rumah suspek.-India Today





Mantri, Saxena

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan