suria

Wanita upah lebih RM10,000 untuk buat keputusan bagi dirinya, termasuk pilih jejaka untuk dating

Foto mohamed_hassan/Pixabay

KITA semua pernah membuat keputusan yang salah dari semasa ke semasa, tetapi seorang wanita di United Kingdom (UK) merasakan dia membuat banyak kesilapan tahun lalu.

Oleh itu, dia kini mahu mengupah seseorang untuk membuat keputusan bagi pihaknya selama sebulan.

Dia dilaporkan kerugian wang kerana terlalu mempercayai seorang rakan, dia mengalami kesempitan hidup di negara asing, dirompak dan mempunyai masalah dalam percintaan sejak setahun lalu.

Wanita yang berasal dari Bristol, UK ini mahu mengupah seseorang yang boleh membantunya membuat keputusan selama sebulan, dan mengembalikan kehidupannya seperti sedia kala.

Bagi mendapatkan calon yang layak untuk menjalankan tugas itu, dia sanggup mengubah £2,000 (RM10,530).

Antara bantuan yang diperlukannya adalah keputusan untuk dating dengan lelaki yang dikenali secara dalam talian dan apa yang harus dibelanjakan menggunakan wang simpanannya.

Calon yang dipilih untuk bekerja perlu bersedia 24 jam seminggu bagi membantu bila-bila masa, dan apa saja yang diperlukan pelanggan, malah memberi respons dengan pantas. - odditycentral


Artikel Lain