SEORANG pengukir tatu yang menggelarkan dirinya 'Dr Evil' mengaku menyebabkan kecederaan tubuh yang teruk kepada tiga pelanggan dengan melakukan prosedur membelah lidah serta membuang telinga dan puting mereka. Brendan McCarthy, yang mengendalikan Dr Evil’s Body Modification Emporium di Wolverhampton mengubah pengakuannya kepada bersalah pada Selasa selepas proses undang-undang selama dua tahun, yang mana dia tidak berjaya membuktikan bahawa pelanggan memberikannya kebenaran secara sah. Brendan McCarthy. -foto PA Lelaki berusia 50 tahun dari Bushbury, Wolverhampton, itu melakukan pembedahan pembuangan telinga di studionya pada tahun 2015 tanpa menggunakan anestetik, tiga tahun selepas dia membelah lidah seorang wanita dengan pisau bedah dan memotong puting seorang lagi pelanggan. -foto PA McCarthy pertama kali muncul di mahkamah di Wolverhampton pada tahun 2017, apabila dia menafikan enam pertuduhan berkaitan ketiga-tiga prosedur tersebut. Hakim Amjad Nawaz memutuskan bahawa pengukir tatu berdaftar itu tidak menggunakan izin bertulis pelanggannya untuk mempertahankan diri selepas mempertimbangkan pendakwaan terdahulu. -foto PA Kes McCarthy kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan, dengan menyatakan bahawa prosedur itu harus dianggap sebagai sah untuk melindungi 'otonomi peribadi' para pelanggannya. Tetapi tiga hakim di Mahkamah Rayuan menolak rayuan McCarthy. Dalam keputusan 12 muka surat mereka, hakim-hakim mahkamah rayuan yang menyatakan bahawa McCarthy telah membelah lidah pelanggan 'untuk menghasilkan kesan sama dengan apa yang dinikmati oleh reptilia' berkata prosedur itu tidak dapat dibandingkan dengan tatu dan tindikan. Walaupun mereka menerima hujah bahawa pembuangan telinga telah dilakukan dengan baik, para hakim berkata tidak ada kepentingan umum bahawa seseorang itu boleh melukai orang lain tanpa alasan yang yang baik. -MetroUK