POLIS di wilayah Lampung, Indonesia, baru-baru ini menyelamatkan seorang gadis cacat mental berusia 18 tahun yang hanya dikenal pasti sebagai AG. AG didakwa berdepan penyalahgunaan mengerikan oleh bapanya, JM, yang berusia 45 tahun, abangnya, SA, 24 serta adik lelakinya, YF, 15. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap kerana melakukan pelbagai serangan seksual terhadap AG sejak ibunya meninggal dunia tahun lalu. AG tinggal bersama ketiga-tiga mereka di rumah mereka di Sukoharjo, Tanggamus. Jiran-jirannya dilaporkan berasa curiga dengan AG yang mungkin didera di rumah kerana fizikalnya semakin merosot, yang akhirnya membawa kepada siasatan polis dan penangkapan bapa serta adik beradiknya. Menurut penyiasat, JM mengakui merogol AG sebanyak lima kali manakala SA berkata dia merogol kakaknya itu sebanyak 120 kali dan YF 60 kali. Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak, Primadona Laila berkata JM mengaku sedar bahawa dia merogol anak perempuannya sendiri dan mengambil kesempatan daripada kecacatannya. "Kecacatannya dimanfaatkan oleh bapanya sendiri untuk melepaskan keinginan seksualnya," kata Primadona kepada Detik. SA dan YF memberitahu polis bahawa mereka terpaksa bertindak berdasarkan keinginan seksual masing-masing kerana mereka sering menonton video lucah di telefon bimbit milik SA, malah AG juga kerap diajak menontonnya. Bagaimanapun telefon bimbit tersebut kini sudah rosak. Bukan itu sahaja, YF juga mengaku kepada polis bahawa baru-baru ini dia melakukan hubungan seks dengan seekor lembu dan seekor kambing milik jirannya. Polis pada masa ini masih menilai kesihatan mental remaja terbabit. AG sekarang sedang dipulihkan di rumah saudara dan dilaporkan dalam keadaan baik, tetapi kerana trauma, polis berkata matanya mempunyai penglihatan 'kosong'. Ketiga-tiga suspek kini berada dalam tahanan polis sementara menunggu siasatan lanjut. Sekiranya disabitkan, mereka boleh berdepan hukuman 15 tahun penjara kerana melanggar Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia. "Hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 15 tahun, ditambah dengan satu pertiga daripada hukuman penjara maksimum kerana jenayah dilakukan oleh ibu bapa dan orang yang mempunyai hubungan darah," kata Primadona pada Isnin dalam satu kenyataan, memetik CNN Indonesia. YF, yang masih bawah umur, akan dibicarakan di mahkamah juvana dan akan menjadi individu pertama dibicarakan, sebelum bapa dan abangnya. Penderaan seksual jarang dibicarakan tetapi menjadi masalah yang semakin meluas di Indonesia. Dalam laporan 2018, Suruhanjaya mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan) menyatakan bahawa daripada 348,000 kes keganasan terhadap wanita pada tahun 2017, 1,210 adalah kes sumbang mahram dengan para pelaku utama adalah bapa, bapa saudara dan adik beradik mangsa.