BERTAHUN-tahun Demetra Nyx menyembunyikan kisah haidnya daripada teman lelaki dan berasa malu setiap kali 'datang bulan'. Bagaimanapun, sikapnya itu mula berubah selepas melihat kitaran haidnya, dan mula berpandangan sebaliknya. Dia kini begitu menghargai waktu didatangi haid setiap bulan, dengan mengatakan ia 'cantik dan sangat kuat'. Malah, penghargaan itu mahu dikongsi Demetra bersama wanita di seluruh dunia. Dia mula mengumpul darah haidnya dan suatu hari melumurkannya pada wajah dan berkongsi gambar tersebut secara dalam talian. "Kita selalu sangat menanggung malu dalam badan kita, dan kebanyakan kita tidak menyedarinya sehingga tidak sengaja menerokainya," katanya. Demetra yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat mula mengalami haid pada usianya 12 tahun. - Mirror UK