suria

Berang digelar penipu, pemain golf pukul rakan hingga pecah tingkap

AKSI dua lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan menjadi tular di laman sosial.

Menerusi video itu, seorang pemain golf berang apabila dia digelar sebagai pencuri dan penipu oleh seorang lagi pemain.

Kejadian itu berlaku di sewaktu perlawanan antara kelab di Lake Club Benon, Gauteng, Afrika Selatan.

"Kamu pencuri, kamu penipu," jerit pemain itu sebelum dia dihampiri lelaki berkenaan.

Selain memukul kepala dan badan, dia bertindak menolak lelaki itu sehingga pecah cermin tingkap di lokasi kejadian.

Pertelingkahan dua lelaki itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pemain-pemain lain.

Video yang dimuat naik pada Isinin menerusi Twitter Darren Cueball menerima lebih 1,000 ulang kicau (Retweet).

Dalam pada itu, kelab golf berkenaan turut membuat permohonan maaf atas insiden yang berlaku. - Unilad.

Pergaduhan, Lake Club Benon

Artikel Lain