suria

Tiada yang terselamat nahas pesawat Ethiopian Airlines

Gambar fail pesawat Ethiopian Airlines. Foto AP

SEBUAH pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas sejurus selepas beberapa minit berlepas, mengorbankan 149 penumpang dan lapan anak kapal.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya dari Ethiopia awal pagi Ahad, terhempas selepas enam minit berlepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ethiopian Airlines bawa 157 orang terhempas

Nahas dipercayai berlaku dekat Ethiopia, 50 kilometer di selatan ibu negara itu. 

Seorang saksi memberitahu BBC bahawa pesawat itu terhempas selepas pukul 8 pagi Ahad waktu tempatan dan pasukan kecemasan tiba kira-kira pukul 11 pagi.

Bekele Gutema berkata: "Kebakaran dan api sangat marak sehingga kami tidak dapat mendekatinya. Segala-galanya terbakar."

Pesawat Boeing 737 MAX 8, dipercayai menjadi pesawat baharu Ethiopian Airlines, dan merupakan model yang sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas di Indonesia pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, masih tidak dipastikan punca kejadian.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu mengesahkan pesawat itu terhempas dalam penerbangan dari Addis Ababa, ibu negara Ethiopia.

Ia sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komo Kenyatta pada kira-kira pukul 10.25 pagi.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu: "Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kami tidak mempunyai maklumat mengenai mereka yang terselamat atau kematian." - Daily Mail UK

Ethiopian Airlines

Artikel Lain