suria

Budak ‘Mowgli’ hidup terkurung, tinggal bersama timbunan sampah dan lipas diselamatkan polis

Jiran Lyubov cuba mengeluarkan seutas rantai yang sudah melekat pada kulit lehernya.

PASUKAN polis terpaksa memakai jaket pelindungan kimia bagi menyelamatkan ‘budak Mowgli’ yang tidak tahu bercakap atau tidak mempunyai kemahiran sosial yang tinggal di sebuah rumah dipenuhi timbunan sampah.

Bukan itu sahaja, lipas turut kelihatan di merata-rata tempat dalam rumah yang didiami budak perempuan berusia lima tahun berkenaan.

Budak tersebut yang dalam keadaan separuh bogel berada dalam keadaan kurus kering dan sakit selepas ditinggalkan ibunya di sebuah rumah flat di Moscow.

Keadaan rumah flat itu yang agak teruk memaksa anggota polis memakai jaket perlindungan kimia untuk menyelamatkan budak tersebut yang hanya dikenali sebagai Lyubov.

Kanak-kanak itu disifatkan media Rusia sebagai ‘Mowgli’ tetapi tidak dapat dipastikan jika anjing atau kucing ditemui bersamanya.

Menurut laporan, Lyubov tidak boleh bercakap, hanya mengeluarkan bunyi dan tiada kemahiran bersosial.

Malah lebih menyedihkan, seutus rantai yang dipakaikan padanya sudah melekat pada kulit.

Keadaan rantai yang sudah melekat pada kulit leher budak malang itu.

Dia turut minum dua liter air sebaik sahaja dikeluarkan dari rumah tersebut.

Penyiasat turut berkata Lyubov menunjukkan simptom aneroksia.

Kehidupan teruk dilalui Lyubov terbongkar selepas seorang jiran memasuki rumah misteri itu sejurus terdengar tangisan kanak-kanak tersebut dan memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

“Kami hampir pengsan dan keadaan rumah flat itu amat teruk dan berbau.

“Polis terpaksa memakai jaket perlindungan kimia. Sampah di rumah itu sudah mereput  dan mengeluarkan bau yang agak teruk,” katanya.

Ketika memasuki rumah itu, jiran Lyuboc berkata kanak-kanak tersebut sedang duduk di tepi tingkap atas dapur dan hanya memakai baju.

“Dia menangis. Tidak ada makanan dan lipas ada di merata-rata tempat,” katanya.

Rumah tersebut turut dipenuhi timbunan sampah dan lipas.

Jirannya berkata lima tahun lalu ibu kanak-kanak itu membawa pulang seorang bayi tetapi kemudian mendakwa bayi tersebut tinggal bersama neneknya.

Suami wanita itu dilaporkan telah dihantar pulang ke Ukraine.

Namun kanak-kanak itu sebenarnya masih tinggal di flat tersebut dan tidak pernah melihat dunia luar sejak kecil.

Sebaik sahaja polis menyelamatkan kanak-kanak itu, ibu mangsa kembali ke rumahnya dan dilarang melarikan diri ke negara jiran.

Dia ditahan polis atas pertuduhan cubaan membunuh. - Mirror.co.uk

Mowgli

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan