suria

Sepupu kata Tarrant memang layak mati, “Otaknya tidak betul”

Cox (kiri) mengutuk perbuatan sepupunya, Tarrant (kanan). - Foto Daily Mail

SEPUPU kepada pengganas yang melakukan serangan tembakan rambang paling mengerikan dalam sejarah New Zealand berkata, saudaranya yang 'normal' dan memiliki pemikiran tidak waras itu memang layak untuk mati.

Wanita dari New South Wales, Australia, Donna Cox berkata bahawa ia sesuatu yang menyakitkan untuk mempunyai pertalian darah dengan Brenton Tarrant, 28, selepas suspek membunuh 50 jemaah Islam di Christchurch pada Jumaat.

Tarrant yang dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu tersenyum sinis dan menunjukkan tanda supremasi orang putih ketika didakwa melakukan pembunuhan.

Kini, lebih banyak dakwaan akan dikenakan ke atasnya.

Ramai saudara Tarrant yang lain turut mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya.

Wajah Tarrant dikaburkan oleh media New Zealand selepas mendapat perintah hakim. - Daily Mail

Cox memberitahu Sunday Night, Tarrant tidak mungkin dapat memahami kesan daripada serangan itu terhadap maruah ibu bapanya yang tinggal di Grafton.

"Lihat apa yang dia telah buat kepada keluarganya... keluarga yang dihormati, ibunya, bapanya, dipandang tinggi dalam kalangan komuniti di sini.

"Dia tidak dibesarkan begitu, tapi saya bukan di sini untuk mempertahankannya.

"Kalau boleh, saya nak bertanya kepadanya kenapa dia boleh buat begitu?

"Otaknya tidak betul kerana boleh melakukan sesuatu seperti itu," kata sepupu perempuan Tarrant berkenaan.

Cox dan kakak Tarrant, Lauren telah diletakkan di bawah perlindungan polis tanpa telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga yang lain.

Tambahnya, Tarrant memang obses dengan senjata api dan permainan video ganas sejak dia kecil.

Saya tahu apa yang layak untuknya. Dia patut diberikan hukuman mati di atas apa yang dilakukannya.

DONNA COX

Sepupu Tarrant

Bapanya yang merupakan bekas pengutip sampah dan meninggal dunia akibat kanser pada 2010 amat disukai oleh masyarakat setempat.

Selepas bapanya meninggal dunia, Tarrant mula mengembara ke Eropah.

Pihak berkuasa Bulgaria dan Turki sedang menyiasat sejarah perjalanannya untuk menentukan sama ada dia memiliki motif tersembunyi kerana kerap berkunjung ke dua negara tersebut dalam tempoh tujuh tahun.

Tarrant akan dihadapkan semula ke Mahkamah Tinggi New Zealand pada 5 April untuk mendengar pertuduhan baharu.

"Saya tahu apa yang layak untuknya. Dia patut diberikan hukuman mati di atas apa yang dilakukannya.

"Ia menyakitkan kerana dia merupakan ahli keluarga," kata Cox. - Daily Mail

Artikel Lain