PIHAK Facebook mendakwa tidak ada seorang pun yang membuat laporan awal kepadanya ketika serangan pengganas di Christchurh secara langsung Jumaat lalu. Kejadian tersebut berlangsung selama 29 minit dan selepas 12 rakaman langsung itu berakhir seorang pengguna memuat naik rakaman tersebut di media sosial. Menurut Chris Sonderby, video tersebut ditonton lebih 200 kali ketika disiar secara langsung. "Video itu ditonton 4,000 kali keseluruhan sebelum dipadam dari Facebook. "Pengguna pertama membuat laporan terhadap video asal selepas 29 minit serangan bermula dan selepas 12 minit rakaman berakhir. "Sebelum kami sedar mengenai video itu, pengguna di laman web 8chan telah memuat naik salinan video itu di 'file-sharing site'," ujar penasihat Facebook itu. Penyerang Brenton Tarrant. Sonderby berkata, Facebook bekerja keras untuk memastikan video itu dipadam. Facebook membritahu, mereka telah memadam 1.5 juta video serangan tersebut dalam tempoh 24 jam selepas kejadian tersebut, manakala 1.2 juta dihalang daripada dimuatnaik. Pada kejadian kejam itu, seramai 50 orang maut dalam serangan di dua buah masjid. 30 orang masih dirawat di hospital, manakala sembilan berada dalam keadaan kritikal. - metro.co.uk