suria

Luar biasa! Air pancut dari pokok

Paparan skrin daripada video di YouTube.

SEBATANG pokok tua di sebuah kampung kecil Dinosa di Montenegro, Balkan menarik perhatian ramai.

Ini berikutan pokok mulberi itu mengeluarkan air terjun setiap kali hujan lebat.

Umum mengetahui, air biasanya tidak memancut keluar dari pokok, menjadikan ia sebagai salah satu fenomena luar biasa.

Jika dilihat, pokok mulberi tumbuh di kebanyakan kawasan yang dibanjiri air bawah tanah semasa hujan lebat.

Tekanan air kuat yang mengalir dalam batang kosong itu dengan lubang di beberapa kaki pada bahagian atasnya menyebabkan pancutan air berlaku.

"Ia berlaku sejak 20 hingga 25 tahun lalu, mungkin lebih lama," ujar penduduk tempatam, Emir Hakramaj kepada Radio Free Europe.

"Pokok ini berusia 100 tahun, mungkin 150 tahun. 

"Rongga di tengah-tengah batang pokok ini dengan air bawah tanah menjadikan keindahan alam ini terhasil," katanya. - odditycentral

mulberi

Artikel Lain