suria

Anak orang utan diberi dadah ditemui dalam beg pakaian pelancong

SEORANG pelancong Rusia ditahan kerana disyaki memberi dadah kepada anak orang utan untuk menyeludup keluar bintang itu sebagai haiwan peliharaan.

Andrei Zhestkov, 27, dalam perjalanan untuk menaiki pesawat ke Rusia dari Bali semasa dia ditahan ketika pemeriksaan keselamatan.

Ketika ditahan, polis membuka beg pakaiannya dan terkejut apabila mendapati seekor anak orang utan sedang tidur di dalam sebuah bakul rotan.

Pegawai Agensi Pemuliharaan Bali, Ketut Catur Marbawa berkata:"Kami percaya anak orang utan itu diberi makan pil alahan yang menyebabkannya tertidur. Kami menemui pil itu di dalam beg pakaian tersebut."

Sebotol susu formula dan beberapa helai selimut turut ditemui di dalam beg tersebut bersama dengan dua ekor cicak tokek dan lima mengkarung.

Zhestkov memberitahu pihak berkuasa bahawa dia diberikan haiwan itu oleh pelancong Rusia yang membeli haiwan berkenaan pada harga 2,270 pound sterling dari sebuah pasar di Jawa.

Dia mendakwa rakannya turut menyakinkannya bahawa dia boleh membawa pulang orang utan itu sebagai haiwan peliharaan.

Zhestkov boleh berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda 5,299 pound sterling atas dakwaan menyeludup.

Orang utan semakin pupus, menurut Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa dengan jumlah kira-kira 100,000 di seluruh dunia.

Pekerja ladang dan penduduk kampung di Indonesia sering menganggap haiwan itu sebagai ancaman manakala pemburu menangkap haiwan itu untuk dijual sebagai haiwan peliharaan. - Metro.co.uk

orang utan, cicak tokek

Artikel Lain