suria

Bayi 5 bulan maut selepas disunatkan ibu bapa di rumah

Gambar berkhatan yang dilakukan terhadap patung. -fotoBBC

PENDAKWA raya melancarkan siasatan ke atas kematian seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang dipercayai meninggal dunia selepas disunatkan di rumahnya di wilayah utara Reggio Emilia, Itali, pada Jumaat.

Bayi tersebut, yang tidak dinamakan, adalah anak kepada pasangan suami isteri berasal dari Ghana.

Jantung bayi berkenaan dilaporkan berhenti berdegup selepas dikhatankan di rumah keluarganya sebelum diterbangkan oleh helikopter ke Hospital Sant'Orsola di Bologna.

Dia meninggal dunia di hospital pada Jumaat dan polis serta pendakwa segera membuka kertas siasatan. Satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca kematian.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan di Itali, yang mana bayi meninggal dunia akibat berkhatan rumah di rumah.

"Ia adalah insiden yang sangat serius dan saya berharap mereka yang bertanggungjawab akan mendapat hukuman sewajarnya di bawah undang-undang," kata Datuk Bandar Scandiano, Alessio Mammi kepada Telegraph.

"Semua komuniti berkumpul untuk bayi ini yang kehilangan nyawanya melalui satu tindakan yang serius, kita berkumpul dan berdoa.

"Adalah membimbangkan apabila masih terdapat individu yang mengamalkan ritual-ritual ini yang sangat kuno yang mempertaruhkan nyawa kanak-kanak kecil."

Disember lalu, seorang anak kecil berusia dua tahun berasal dari Nigeria meninggal dunia dan saudara kembarnya terselamat apabila amalan sunat di salah di sebuah apartmen di pusat pendatang di bandar Monterondo, di luar Rom berdepan masalah.

Bayi lain juga meninggal dunia di Turin pada 2016 dan mangsa lain juga dilaporkan di Treviso dan Bari.

Presiden persatuan doktor luar negeri (AMSI), Foad Aodi sedang memperjuangkan peraturan khatan yang lebih ketat dan meminta kementerian kesihatan menyediakan ibu bapa akses perkhidmatan perubatan bagi amalan itu pada harga yang berpatutan dalam usaha untuk mencegah lebih banyak kematian.

Antara 4,000 dan 5,000 kanak-kanak difahamkan disunat di Itali atas alasan budaya atau keagamaan setiap tahun dan sehingga satu pertiga daripadanya dijalankan secara rahsia.

sunat, khatan, budaya, agama

Artikel Lain