suria

AS mahu ulangi sejarah, rancang hantar manusia ke bulan pada tahun 2024

Kali terakhir manusia menjejakkan kaki ke bulan pada 1972 sewaktu Misi 17 Apollo NASA.

TIMBALAN presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence mendedahkan misi meghantar manusia ke bulan akan dilakukan pada tahun 2024.

Pengumuman terbaharu itu dibuat sewaktu pertemuan ke-5 Majlis Angkasa Negara AS minggu ini.

"Sebagaimana AS menjadi negara pertama menghantar manusia ke bulan pada abad ke-20, kita juga akan menjadi yang pertama pada abad ke-21.

"Saya berada di sini mewakili presiden Donald Trump untuk mengumumkan bahawa kita akan menghantar manusia ke bulan dalam tempoh lima tahun akan datang," ujarnya.

Kerajaan AS di bawah naungan Trump komited dalam menjadikan rancangan itu sebagai satu kenyataan.

Pada Disember 2017, Trump menandatangani polisi arahan angkasa, memberi arahan kepada NASA untuk menghantar manusia semula ke bulan.

Baru-baru ini, NASA mengumumkan projek itu akan berlaku pada 2028.

Namun, pengumuman terbaharu Pence memberi bayangan bahawa ia akan berlaku lebih awal pada 2024. - The Verge/Mirror.

Mike Pence, Bulan, NASA

Artikel Lain