APABILA berada dalam fasa kehamilan, segelintir golongan wanita sering mempunyai keinginan yang pelik. Selain mengidam akan sesutu makanan, ada juga yang berasa benci dan tidak boleh berada dekat dengan suami. Menerusi satu perkongsian atas talian, 100 wanita yang bergelar ibu mendedahkan keinginan pelik mereka sewaktu mengandung. Perkongsian itu bermula apabila seorang wanita yang berusia 35 tahun menulis di laman web Mumsnet mengenai keinginannya untuk makan kapur. "Saya sedang hamil 35 minggu, hamil anak kedua. Saya dan terasa nak makan kapur. "Saya cuba makan ais, kacang, epal tetapi tetap teringin nak makan kapur. Apa patut saya buat," soal wanita itu. Tambahnya, dia juga gemar menghidu produk pencuci. Penulisan wanita itu pantas mendapat respon kaum ibu yang lain. "Belon, saya mula mengidam belon sebelum hamil. Tapi mujurlah saya tak pernah makan," tulis seorang wanita. "Pelik tapi saya suka bau kedai kasut murah, bau plastik getah. "Waktu makan tengah hari, saya pergi dan pura-pura cari kasut, padahal saya nak hidu bau sahaja," tulis seorang lagi wanita. Lebih teruk, ada yang mendedahkan mereka mempunyai keinginan untuk menjilat batu dan simen yang baru dibancuh serta bahan pencuci tandas. - Mirror.