suria

Terlepas dari dukungan ibu, bayi malang maut jatuh eskalator

Paparan skrin rakaman CCTV di lokasi kejadian.

SEORANG bayi terbunuh apabila dia terjatuh dari eskalator gara-gara kecuaian ibunya.

Menerusi rakaman CCTV di sebuah pusat beli belah di China, wanita itu sedang mendukung bayinya sebelum dia terlepas dari genggaman.

Wanita itu dipercayai hilang keseimbangan badan sewaktu dia melangkah ke atas eskalator.

Ia menyebabkan bayi berkenaan terjatuh ke tingat bawah sebelum disahkan meninggal dunia.

Sejurus kejadian, wanita itu bersama seorang lagi anaknya kelihatan panik sebelum mereka bergegas menuruni tangga.

Kejiadian berlaku di pusat beli belah Changping, wilayah Guangdong pada Sabtu lalu sejurus keluarga itu selesai menikmati makan tengah hari.

Menurut kenyataan kerajaan Changping, bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas pasukan perubatan gagal menyelamatkannya.

Bapa kepada bayi malang itu dikatakan bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Namun, bayi itu sudah tidak bernyawa sewaktu dia tiba di pusat beli belah tersebut. - Daily Star.

bayi, maut, eskalator

Artikel Lain