suria

Guna 'fingerprint' sewaktu pasangan tidur, kajian dapati wanita cenderung curang

Dedah kajian itu, wanita dan golongan muda didapati lebih cenderung untuk curang berbanding lelaki dan golongan dewasa.

TUNGGU pasangan tidur, ambil jari dan imbas untuk buka telefon bimbit mereka.

Begitulah yang berlaku menurut pendedahan terbaharu mengenai perkara itu.

Ujarnya, kajian mendapati satu daripada lima lelaki berbuat demikian terhadap pasangan mereka.

Jelas kajian itu lagi, perbuatan itu dilakukan untuk memeriksa akaun media sosial pasangan bagi mencari bukti kecurangan dan sebagainya.

"Teknologi yang maju membawa maksud semakin banyak peluang untuk seseorang menggunakan pelbagai cara untuk curang dengan pasangan.

"Media sosial juga menggalakkan seseorang mencari info mengenai pasangan mereka, contohnya tengok gambar tag gambar dan sebagainya.

"Ia juga melihat perhubungan dalam bentuk yang lebih kasual, ditambah pula dengan kehadiran aplikasi cari jodoh," ujar Dr Martin Graff dari Universiti Selatan Wales.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas 2,000 individu itu, 45 peratus daripada responden menamatkan perhubungan setelah mendapat info mengenai kecurangan pasangan mereka.

Malah, wanita dan golongan muda didapati lebih cenderung untuk curang berbanding lelaki dan golongan dewasa. - Mirror.

Artikel Lain