suria

Didakwa menggalakkan pornografi, TikTok mungkin diharamkan di India

Di India, terdapat 54 juta pengguna aktif TikTok. FOTO: Variety

MAHKAMAH Tinggi Madras di India memohon kerajaan persekutuan negara itu agar mengharamkan aplikasi perkongsian video popular, TikTok.

Menjadi kegilaan ramai di negara itu, TikTok didakwa menggalakkan pornografi dalam kalangan pengguna.

TikTok kini mempunyai 54 juta pengguna aktif di negara India.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG diharamkan hingga 30 April di India, pemain bakal dikenakan penalti oleh pihak berkuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak larang main TikTok, budak 9 tahun 'belanja' video mengadu di laman sosial

Menurut mahkamah itu, pihaknya banyak menerima petisyen berhubung aplikasi berkenaan.

Ia juga didakwa berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada pemangsa seksual.

Cadangan pengharaman itu diusul oleh peguam kanan yang berpangkalan di Madurai, Muthu Kumar.

Selain TikTok, pihak berkuasa di Gujerat turut mengharamkan permainan popular PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG).

Menurut arahan yang dikeluarkan, mana-mana individu yang didapati bermain PUBG akan dikenakan penalti oleh pihak berkuasa. - India Times.

tiktok, pubg, haram

Artikel Lain