suria

Dua pelajar universiti jual iPhone, tipu Apple hampir AS$1 juta

Dua pelajar kejuruteraan di Amerika Syarikat didakwa melakukan penipuan terhadap Apple. -fotoREUTERS

DUA pelajar universiti di Oregon, Amerika Syarikat (AS) yang menipu Apple kira-kira AS$1 juta dalam bentuk penggantian iPhone kini dibicarakan di mahkamah persekutuan terhadap tuduhan jenayah.

Penipuan itu bermula pada 2017 apabila pelajar kejuruteraan dari China, Yangyang Zhou dan Quan Jiang mula menyeludup iPhone palsu dari China ke AS, lapor The Verge pada Khamis.

Kemudian mereka akan menghantar peranti-peranti palsu itu untuk dibaiki atau diganti, dengan alasan ia tidak boleh dihidupkan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jual buah pinggang beli iPhone & iPad tujuh tahun lalu sedang menderita sakit

ARTIKEL BERKAITAN: iPhone kesayangan dirampas, gadis 16 tahun telefon polis, tuduh bapa mencuri

Dalam banyak kes, Apple menggantikan item-item palsu itu dengan iPhone sebenar, yang telah menelan kos sebanyak AS$895,800, menurut laporan itu.

iPhones 'original' yang diperolehi menerusi penggantian itu kemudian akan dihantar ke China untuk dijual kepada pihak di sana.

Wang hasil jualan itu dibayar kepada ibu Jiang yang kemudian akan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun yang digunakan anaknya di AS.

Jiang didakwa telah menghantar 3,069 tuntutan waranti dan hasilnya, Apple telah memberikan 1,493 iPhone gantian dengan kerugian hampir AS$900,000 dari penipuan ini.

Menurut aduan persekutuan, Jiang dan Zhou mendakwa mereka tidak tahu bahawa telefon-telefon itu palsu, tambah laporan itu.

Zhou dituduh mengeksport barangan secara haram manakala Jiang berdepan tuduhan memperdagangkan barangan palsu secara haram dan melakukan penipuan, kata laporan itu.

Walaupun kedua-dua mereka bebas dari tahanan, Jiang, yang dituduh kembali pada 2018 dipantau oleh GPS.

Tahun lepas, seorang warganegara China yang tinggal di New Jersey atas visa pelajar mengaku bersalah menjual iPhone dan iPad palsu, dengan mengumpul AS$ 1.1 juta hasil jualan daripada skim ini. -TheVerge

Apple, iPhone, tipu, palsu

Artikel Lain