suria

Beberapa pek pil kurus ditemui bersama mayat seorang guru wanita

Pil kurus yang diambil oleh Chalida.

AKIBAT mengambil pil kurus berlebihan, seorang guru ditemui mati di bilik kediaman bapanya.

Chalida Watanasin,32, dijumpai mati pada 8.45 pagi selepas bapanya menyedari dia tidak bangun daripada tidur.

Chalida, salah seorang tenaga pengajar di sekolah swasta datang ke rumah bapanya iaitu Somkiart dan anak lelakinya untuk melawat mereka di daerah Mueang Trang.

Doktor yang membuat pemeriksaan terhadap badan mayat berkenaan berkata tiada kesan cedera walaupun terdapat kesan buih di mulut.

Chalida dipercayai meninggal sekitar enam hingga lapan jam lebih awal.

Tiga pek pil kurus ditemui di dalam bilik beserta dua pil yang hilang.

Doktor percaya dia mengambil pil tersebut sebelum tidur dan mati akibat jantungnya gagal berfungsi.

Rakan kepada Chalida, Janthima Chunyong,34,memberitahu polis, Chalida telah membeli pil itu pada 5 April lalu.

Mayat telah dihantar untuk bedah siasat di Hospital Songkla Nagarind di daerah Hat Yai, Songkhla.- The Nation/Asia News Network/The Star

pil kurus, Bangkok

Artikel Lain