suria

Budak 12 tahun jadi hero, enam tahun dukung rakan sekelas OKU keliling sekolah

Zhang bertuah kerana mempunyai seorang rakan yang baik hati.

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun dianggap hero kerana membolehkan rakan sekelas yang kurang upaya untuk bergerak di sekitar sekolah, dengan mendukungnya di belakangnya sejak enam tahun lalu.

Zhang Ze didiagnosis dengan keadaan yang melemahkan dan tidak dapat diubati, menyebabkan dia hilang kekuatan pada otot kaki dan sukar untuk berjalan sendiri.

Setiap kali ibu bapa Zhang menghantarnya ke sekolah, mereka tidak dapat membantunya bergerak di sekitar sekolah, atau apabila dia mahu ke tandas.

Namun, dia bertuah kerana mempunyai rakan sekolah yang tampil membantu.

Xu Biyang dianggap hero kerana sering mendukung kawannya yang kurang upaya.

Sejak berkenalan di Gred Satu, Xu Bingyang yang berasal dari Meisan di wilayah Sichuan, China menawarkan bantuan untuk membawa Zhang ke kelas, menghantar ke tandas atau mendukungnya untuk makan tengah hari, sejak enam tahun lalu.

"Saya lebih besar daripada dia. Saya fikir jika saya tidak membantunya, tiada siapa yang akan buat," kata Xu Bingyang kepada pemberita tempatan, baru-baru ini.

"Berat saya lebih 40 kilogram (kg) dan Zhang Ze hanya mempunyai berat kira-kira 25kg, jadi tidak mengapa saya dukung dia," tambahnya. - odditycentral

Artikel Lain